Ini Senarai Klinik Di Kuching Yang Menawarkan Vaksin Influenza A

1. KPJ Kuching Specialist Hospital
Harga vaksin yang ditawarkan;
Bawah 3 tahun : RM 48.00
3 tahun ke atas : RM 50
Vaksin beserta konsultasi doktor : RM 108.00

Alamat : Lot 10420, Block 11 Tabuan Stutong Commercial Centre, Jalan Setia Raja, 93350 Kuching, Sarawak
Kredit : myhealthcare

2. Normah Medical Specialist Centre
Harga vaksin yang ditawarkan;
6 bulan ke atas (tanpa mengira usia) : RM 62.00

Alamat : Lot 937, Section 30 KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

3. Borneo Medical Centre (BMC)
Harga vaksin yang ditawarkan;
6 bulan ke atas (tanpa mengira usia) : RM 68.00

Alamat : Lot 10992, Section 64 KTLD, Jalan Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak (berhampiran fly over Swinburne/Bangunan Sultan Iskandar/KWSP)

4. Union Clinic, Tabuan Jaya
Harga vaksin yang ditawarkan : RM 70.00

Alamat : 893, Q112B, Tabuan Jaya Commercial Centre, 93350 Kuching, Sarawak (bersebelahan RHB Bank Tabuan Jaya, Lodge International School)

5. Metro Clinik (Metrocity, Matang)
Harga vaksin : RM 80.00

Alamat : Ground Floor, Sublot 17, Lorong Metrocity Height 1, Metrocity, Jalan Matang, 93050, Kuching, Sarawak

6. Klinik Lee, Satok
Harga vaksin yang ditawarkan : RM 80.00

Alamat : 2653, Jalan Satok, KNLD, 93400 Kuching, Sarawak (berhampiran Toko Daging Cafe)

7. Medsense Family Clinic, Stutong
Harga vaksin yang ditawarkan : RM 80.00

Alamat : Ground Floor, Sublot 6, Lot 19863, Jalan Stutong Baru (7.12 km) 93350 Kuching, Malaysia (berhampiran Econsave Kuching/Aeroville)

8. Chiew’s Child Specialist
Harga vaksin yang ditawarkan : RM 90.00

Alamat : Lot 9681, Sublot 15, Jalan Setia Raja, Tabuan Stutong Commercial Centre, 93350 Kuching, Sarawak (kawasan berhampiran KPJ Kuching Specialist Hospital)

9. Ha Medical Clinic
Harga vaksin yang ditawarkan : RM 100.00

Alamat : GF Lot 570, Section, 62, Jalan Padungan, 93450 Kuching, Sarawak (sederet Kuching Park Hotel, berhadapan lampu trafik Kolam Renang MBKS)

Siapa Yang Perlu Mengambil Vaksin Ini?

Menurut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, golongan berisiko sangat digalakkan untuk mengambil pelalian ini. Golongan berisiko yang dimaksudkan termasuklah ;

1. Warga Emas

2. Kanak-kanak (6 bulan ke atas)

3. Individu yang menghidap penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma)

4. Individu yang menghidap penyakit respiratori

Namun demikian, sekiranya anda mempunyai alahan terhadap telur atau pernah menghidap sindrom Guillain-Barré, anda dinasihatkan untuk berunding dengan doktor sebelum meneruskan pengambilan vaksin ini.
LihatTutupKomentar
Cancel