IPG Tun Abdul Razak meterai kempen hijau
Ini berikutan kampus terbabit telah melancarkan Program Mesra Alam 2.0-NoPolystrene @IPGKTAR dan menandatangani Certificate Of Collaboration (COC) Kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak hari ini.
Pengarah IPGKTAR, Anis Alisya Abdullah berkata pihak kantin kampus itu juga bersetuju menghentikan pengunaan polistrene bagi pembelian " take away" oleh pelajar kampus itu mulai bulan depan.
"Kami juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak kantin untuk menghentikan pengunaan polistrene dan mereka bersetuju mulai dari 1 Febuari 2020,"katanya ketika majlis pelancaran program itu dan menandatangani COC terbabit, di sini, hari ini.
Anis berkata sehubungan itu pelajar kamus terbabit harus membawa bekas makanan dan botol minuman sendiri jika mereka hendak membeli "take away" di kantin kampus itu mulai bulan depan.
Manakala untuk minuman harian, pelajar terbabit boleh mengunakan water cooler yang disediakan di sekitar kampus ataupun menyediakan air masak sendiri.
"Saya percaya melalui langkah-langkah ini akan dapat mengimarahkan lagi kempen no polysterene di peringkat kita, negara mahupun antarabangsa,"katanya.
Beliau berkata Program Mesra Alam 2.0 NoPolystrene@IPGKTAR yang dilancarkan hari ini merupakan kesenambungan Program Say No to Plastic yang dilancarkan pada 2017.
"Seperti yang kita sedia maklum penggunaan polistrene bukan sahaja boleh memberi impak negetif kepada kesihatan kita, tetapi juga kepada alam sekitar.Ini disebabkan oleh kandungan bahan kimia dioksin,"katanya.
Katanya selain itu masalah utama pengunaan polistrene adalah pelupusannya kerana bahan terbabit dihuraikan secara biologinya melibatkan tempoh sehingga 500 tahun.
tamat
keterangan gambar:
1.Anis Alisya Abdullah (dua dari kiri) dan Pengarah JAS Sarawak, Hamzah Mohamad (dua dari kiri) dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Nur Aida Nur Azman (kanan) menekan i-pad sebagai simbolik merasmikan pelancaran Program Mesra Alam 2.0-NoPolystrene @IPGKTAR di kampus innstitut itu, di sini, hari ini.
2.Anis Alisya Abdullah (kiri) dan Pengarah JAS Sarawak, Hamzah Mohamad (kanan) menandatanganj dokumen (COC) Kerjasama Antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak Dengan IPGKTAR yang telah ditandatangani mereka.
3. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak