Maut jatuh 4WD
SARIKEI:Nasib malang menimpa seorang warganegara Indonesia apabila maut setelah terjatuh dari kabin bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda(4WD) berlaku di KM 448 Jalan Betong/Sarikei/Meradong, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu,mangsa yang hanya dikenali sebagai Sanawi
berasal dari Bojonegoro, maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, mangsa tiba-tiba terjatuh ke atas jalan raya selepas kenderaan tersebut dipercayai melanggar jalan yang tidak rata.
"Siasatan awal mendapati 4WD dalam perjalanan dari arah Meradong menuju ke tapak pembinaan,"katanya di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.