Jangan sorok Laporan KajianDasar Pendidikan - Madeline


KUCHING: Jangan biarkan Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan terkubur atau disorok serta dibiarkan berdebu atas rak di bilik stor.
Demikian kata Pesuruhajaya Suhakam Sarawak Madeline Berma kepada Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu.
Menurutnya, Cadangan Dasar Pendidikan Negara telah diserahkan kepada Dr. Maszlee Malik (Menteri Pendidikan) pada Mei tahun lalu.
"Semasa upacara, penyerahan laporan kepada menteri, saya memberi ucapan (dalam suara sebak penuh emosi) harapan kami, juga harapan ibu-bapa, terhadap cadangan dasar pendidikan negara, harapan untuk menjadikan kita masyarakat berilmu berlandas nilai murni.
"Harapan ini dapat menjadi realiti. Ia memerlukan gandingan setiap rakyat Malaysia. Kekuatan sistem pendidikan bukan hanya terletak pada pendidik, pemimpin pendidikan dan Kementerian Pendidikan semata-mata. Kekuatan pendidikan anak-anak kita, adalah tanggungjawab bersama," katanya dalam facebook.
Mengulas lanjut dasar tersebut, Madeline berkata, selaku Menteri Pendidikan yang baharu  (Mazlee) telah melantik 13 orang untuk menjadi ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKDPN).
"Saya telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JKDPN. Kami 13 orang adalah rakyat biasa, bukan dari kalangan pendidik, pegawai Kementerian apatah lagi ilmuan dan cerdik pandai dalam bidang pendidikan.
"Kami diberi amanah untuk mengkaji dasar serta memberi cadangan penambahbaikan sistem pendidikan yang sedia ada. Ada jurang yang perlu dirapatkan, dan kualiti yang perlu ditingkatkan. 
"Semasa kami menjalankan sindikasi dan mengubal Kajian Pendidikan Negara, kami telah menerima cadangan dari ribuan ibu bapa, pendidik, pemimpin masyarakat, NGO, pelajar, profesor, para diplomat, seniman, perajurit dari semua lapisan masyarakat," katannya,
Beliau berkata, pihaknya diberi kebebasan menjalankan kajian serta tidak pernah menteri dan pegawai kementerian yang 'memberi arahan" (secara halus) apa yang perlu dicadangkan dalam dasar.
Menurutnya, dalam masa enam bulan yang diperuntukan pihaknya menerima pandangan secara lebih 3,000 rakyat Malaysia.
"Kami 13 orang cukup bernasib baik kerana kesemua yang kami temui, mereka ingin meyumbang idea dan bakti untuk meningkatkan kualiti pendidikan demi untuk anak-cucu mereka," ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel