Kedai alat ganti kenderaan hangus


SIBU: Kedai menyimpan peralatan ganti kenderaan hangus dalam keadian kebakaran di Jalan Alan Lorong 2 di sini awal pagi tadi.
PGO Sarawak menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran gudang di alamat berkenaan pada jam 1.29 pagi dan mengarahkan keluaran BBP Sibu ke lokasi kejadian.
Komander Operasi TPgB Melvin Anak Amuk berkata, pemadaman hanya dapat dilakukan secara difensif, anggota sedaya upaya untuk masuk namun atas faktor keselamatan pemadaman dilakukan dari luar sahaja. 
Menurutnya, kawasan ditutupi dinding zink  yang tebal melibatkan gudang menyimpan barang hardwere dan bengkel kenderaan. 
Katanya, pasukan Bomba masih lagi membuat pemadaman dan overhoul di lokasi.
"Keluasan terkini dilaporkan 150 kaki x 100 kaki dianggarkan 70 peratus musnah. Kebakaran juga tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa di lokasi," katanya dalam kenyataan.
LihatTutupKomentar
Cancel