JKR baiki Jalan Tun Salahuddin mulai 3 Februari



KUCHING-Para Pengguna jalan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dimaklumkan bahawa  jabatan kerja Raya  akan memulakan kerja-kerja membaiki permukaan jalan di Jalan TDP Abang Haji Muhammad Salahuddin, Kuching mulai 3 hb Februari, 2020.

Pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di jalan ini semasa tempoh penyelenggaraan ini dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan dengan perhatian khusus apabila lorong jalan ditutup sepenuhnya. 

Pengguna-pengguna adalah digalakkan untuk menggunakan laluan-laluan alternatif bersesuaian yang sedia ada sehingga tamat kerja-kerja pembaikan ini. Segala kerumitan adalah amat dikesali dan harap maaf. 

Peta tapak yang berkaitan disertakan bersama-sama ini untuk rujukan.
Nota : Pegawai Untuk Dihubungi : Puan Bong Yan Phing  082-203411-Tamat
LihatTutupKomentar
Cancel