Nelayan terkejut jumpa peluru

KUCHING: Hasrat seorang nelayan turun ke sungai memukat ikan dikejutkan dengan penemuan dua butir peluru dan satu kelongsong peluru di tebingan sungai Kampung Muhibbah, Pending, pagi tadi.

Difahamkan peluru tinggalan perang itu ditemui tersangkut pada pukat yang dipasang nelayan berusia 34 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.46 pagi.

"Kita mengarahkan sepasukan anggota dari Unit Pemusnah Bom dan Unit Persenjataan dari IPD Kuching terus ke lokasi kejadian untuk untuk menjalankan siasatan.

"Pasukan operasi membawa peluru tersebut ke Pengkalan Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai memaklum segera kepada pihak polis sekiranya menemui objek yang disyaki peluru atau bahan letupan agar tindakan dapat diambil.
LihatTutupKomentar
Cancel