Kampung baharu diwujudkan di Bau

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berhasrat untuk membangunkan penempatan tambahan untuk kampung-kampung Melayu di Bau bermula tahun hadapan menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Menurut beliau, langkah tersebut adalah perlu ekoran pertambahan jumlah penduduk di kawasan kampung-kampung melayu malah lokasi tapak tambahan juga telah dikenalpasti.

“Lebih kurang 90 peratus tapak telah dikenal pasti dimana ia mampu menampung 400 buah rumah dan kita perlu memajukan permohonan kepada pihak Jambatan Tanah dan Survei terlebih dahulu,”

Jelas beliau lagi, inisiatif pembangunan ini juga merupakan salah satu perancangan yang termaktub di dalam Buku Blueprint Daerah Bau 2016-2030.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg di Wisma Bapa Malaysia baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut mengemukakan isu penambahan ketua masyarakat dan ketua kaum yang baru untuk kampung-kampung baharu yang telah diwujudkan.

“Kita perlu membuat sempadan baru memandangkan beberapa buah kampung yang telah diwujudkan disamping pengurusan kampung yang efektif,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel