Kantoi punggah 165 kg daun ketum

KOTA BHARU: Pasukan rondaan Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan (RS2) terserempak dengan tiga lelaki sedang memunggah daun ketum di tepi Sungai Golok.

Kehadiran pihak penguat kuasa tersebut berjaya merampas 165 kilogram daun ketum di tebing Sungai Golok dekat Tanah Merah.

Panglima Markas 8 Briged, Brig Jen Datuk Muhammad Huzaimi Sabri berkata, rampasan tersebut dilakukan dua hari lalu ketika suspek cuba menyeludup daun ketum ke negara jiran.

"Dalam kejadian pukul 7 pagi Jumaat itu, kesemua lelaki terlibat yang menyedari kehadiran pasukan RS2 telah bertindak melarikan diri ke negara jiran dan pemeriksaan yang dilakukan menemukan 11 plastik hitam mengandungi 165 kg daun ketum bernilai RM15,675, " katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, rampasan itu adalah yang kedua dalam bulan ini dengan yang pertama pada 8 Jan lepas membabitkan 60 kg daun ketum.
LihatTutupKomentar
Cancel