Abang Jo round ke Simanggang


Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini berkunjung ke Simanggang menggunakan jalan darat untuk mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Koordinasi dan Pelaksanaan Projek-Projek Kerajaan GPS bagi tahun 2020 esok. 
Beliau dan rombongan singgah sebentar di Pekan Lachau untuk merarau sebelum meneruskan perjalanan ke Simanggang. 
Sejurus tiba di Simanggang yang sebelum ini dikenali sebagai Sri Aman beliau mengadakan lawatan untuk meninjau projek memperbesarkan pasar dan kemudian melancarkan projek pembinaan Waterfront Batang Lupar di pekan benak ini. 
Beliau kemudian bersama warga Simanggang menjamu selera pada majlis minum petang di Restoran Tandang Sari. 
Malam ini Datuk Patinggi Abang Jo sekali lagi akan bersama rakyat tempatan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Simanggang.

Sekitar lawatan ke Simanggang. Gambar oleh Ambrose Cheng.
LihatTutupKomentar
Cancel