Kedai seludup jam mewah RM16.4 juta

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak telah merampas jam tangan mewah berharga RM 16.412 Juta (RM16,412,153.40). 
Pengarah JKDM Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata jumlah 
keseluruhan cukai yang terlibat adalah sebanyak RM820,607.67.

Halimah berkata Bahagian Penguatkuasaan JKDM, Kuching telah merampas jam tangan mewah 
pelbagai jenama dalam satu serbuan serentak di dua lokasi berbeza di pusat beli belah  terkemuka di bandaraya Kuching semalam. 
"Hasil pemeriksaan rapi ke atas jam-jam yang terdapat di premis tersebut, pasukan berjaya merampas sebanyak 405 unit jam tangan mewah pelbagai model/jenama yang belum dibayar cukai," kata Halimah dalam satu kenyataan. 

 Halimah berkata jam tangan mewah pelbagai jenama itu dipercayai dibawa masuk dari luar negara seperti Hong Kong
ke KLIA dan transit menggunakan pesawat domestik menuju ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching untuk mengelak daripada pemeriksaan kastam.

"Dagangan tersebut juga dibawa masuk terus dari Singapura menuju ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuching dan jam tangan mewah pelbagai jenama tersebut
disorok di dalam “brief case” dan melepasi pemeriksaan kastam kerana tidak diikrar
atau dengan mengikar “nothing to declare”.

"Jam tangan mewah tersebut yang bernilai tinggi dibawa masuk satu persatu melekat di tangan sebagai barangan peribadi untuk mengelirukan pegawai kastam di pintu masuk  padahal dengan kekerapan keluar masuk negara dengan cara tersebut, maka kuantiti  yang dibawa masuk adalah tinggi," jelas beliau. 

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967, (cuba mengelak dengan fraud dan apa‐apa duti kastam) di mana jika sabit kesalahan, pesalah akan  didenda tidak lebih daripada 10 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih daripada  20 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua‐duanya.


LihatTutupKomentar
Cancel