Klinik Lubok Antu Jadi Kenyataan


LUBOK ANTU: Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye,  telah melawat tapak Klinik Kesihatan Lubok Antu Baharu (Jenis 4). 

Turut hadir bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang, Pegawai Kerajaan, Ketua Masyarakat, Tuai Rumah dan penduduk sekitar Lubok Antu. 

Pada kunjungan tersebut beliau  telah mengadakan mesyuarat dan taklimat mengenai operasi dan fasiliti kesihatan dengan semua pihak dan beliau turun ke tapak pembinaan Klinik Kesihatan Lubok Antu untuk tindakan selanjutnya.

Perlaksanaan projek pembinaan Klinik Kesihatan Lubok Antu Baharu (Jenis 4) dengan peruntukan RM28 juta, mempunyai keluasan tanah 4 hektar itu akan memberikan mutu perkhidmatan untuk meningkatkan taraf kesihatan penduduk di Lubok Antu.

Klinik Kesihatan baharu ini dapat menampung lebih ramai pesakit untuk mendapatkan rawatan dalam satu hari sebaik sahaja ia siap nanti. Ia sudah pasti akan membantu meringankan lagi beban kerja klinik-klinik sekitarnya.

Selain itu, ianya bakal menyediakan kediaman yang baik dengan kelengkapan dan fasiliti yang lebih selesa untuk kakitangan yang bertugas di klinik tersebut.

Sejurus selesai Lawatan Tapak Klinik Lubok Antu,  Lee dan rombongan terus melawat ke Klinik Batang Ai. 

Beliau sempat meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan Klinik Batang Ai sambil meninjau fasiliti dan persekitaran klinik berkenaan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang berkata, penduduk di kawasan itu amat berbesar hati dan bangga diatas komitmen yang ditunjukan Timbalan Menteri Kesihatan yang turun sendiri meninjau tapak pembinaan Klinik Lubok Antu. 

"Oleh itu, kita amat berharap hasil lawatan kerja ini membawa perubahan yang besar dalam penambahbaikan perkhidmatan kesihatan untuk warga Lubok Antu," ujarnya.


LihatTutupKomentar
Cancel