Kemalangan berantai, angkara tertekan pedal
MIRI: Akibat pemandu tersalah tekan pedal minyak, menyebabkan kemalangan berantai di sebuah pusat membeli belah di sini, semalam.
Kereta yang dipandu seorang pemandu berhenti di pagar masuk berpalang untuk mengambil kad tempat letak kereta tiba-tiba melanggar penghadang pagar kiri dan kanan sehingga melanggar kenderaan di hadapan.
Kemudian kenderaan di hadapan itu pula bergerak ke hadapan lalu melanggar kenderaan satu lagi.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku kerana semua pemandu tidak mengalami kecederaan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu mengesahkan kejadian.
Katanya, semua pemandu dan penumpang terlibat tidak mengalami kecederaan namun dinasihatkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.