Kes buli:Kelvin mahu KPM siasat


KUCHING: Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat lanjut kes buli membabitkan tiga pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuching agar perkara itu tidak terus berulang.

Tegasnya, beliau memandang serius perkara tersebut yang boleh menimbulkan kebimbangan dan ketakutan di kalangan pelajar sekolah.


"Sekolah sepatutnya menjadi kawasan yang cukup selamat untuk semua pelajar.

"Apa yang berlaku telah mengejutkan semua pihak.Justeru, KPM mesti menjalankan siasatan punca ia berlaku agar tidak terus berulang,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis penyampaian sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada 35 penghuni di Hun Nam Siang Tng di sini, hari ini.

Kelvin turut menasihati semua pelajar di mana-mana sekolah yang dibuli supaya tidak takut melaporkan perkara itu kepada guru mereka.
LihatTutupKomentar
Cancel