Polis akan terus tingkatkan penyampaian perkhidmatan
SIMUNJAN:Pihak polis sentiasa peka dengan kehendak masyarakat dengan berjanji akan sentiasa mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan.
Ketua Polis Daerah Simunjan,DSP Merbin Lisa berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Simunjan akan diperkemaskan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan juga memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat berkekalan.
"Kita minta masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah jika ada disekitar mereka. Jangan khuatir kerana maklumat yang disalurkan adalah rahsia,"katanya.
Beliau berkata demikian di Program Hari Bersama Pelanggan IPD Simunjan bersama masyarakat Gedong, di dewan terbuka Gedong yang julung kali diadakan.
Katanya,penyaluran maklumat dari masyarakat kepada pihak polis penting
bagi memastikan perkara negatif dapat ditangani secara total, sekli gus memperlihatkan kerjasama antara polis dan masyarakat.
Objektif Program Hari Bersama Pelanggan itu adalah sebagai salah satu platform PDRM dalam memberi ruang kepada orang ramai khususnya masyarakat setempat untuk bertemu sendiri dengan PDRM secara lebih terbuka di dalam menyampaikan sebarang buah fikiran, maklumat, pandangan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat terhadap perkhidmatan PDRM.