Keselesaan rakyat DUN Tamin terus diutamakan.

SELANGAU: Pusat Khidmat DUN N.59 Tamin meneruskan usaha membantu rakyat dengan program Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS).

Pada kali ini bantuan itu telah diserahkan kepada dua buah rumah panjang iaitu Rh Chendai di Batu 74 Jalan Sibu-Bintulu Sg Pelugau dan Rumah Chindon di Sungai Aping Kemena, Selangau.
Bantuan bahan binaan tersebut untuk membantu penduduk Rumah Chendai, 10 pintu, membina rumah panjang baru mereka kerana terpaksa berpindah untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan Pan Borneo.
  
Manakala Rumah Chindon menerima bantuan atap spandek untuk menganti atap yang sudah uzur.

Projek ini akan dilaksanakan secara gotong royong oleh penduduk rumah panjang. 

LihatTutupKomentar
Cancel