Ketua Menteri penaung RSS
KUCHING: Dalam memartabatkan seni mempertahankan diri, Kerajaan Sarawak akan memberi tumpuan terhadap Persatuan Rumpun Silat Sarawak (PRSS).
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Silat Sarawak Amir Mahmud Piang, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg telah bersetuju untuk menjadi penaung kepada persatuan tersebut.
Sokongan penuh Kerajaan Sarawak nampak jelas dengan pengiktirafan PRSS sebagai badan induk Silat di Sarawak, tambah Amir selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri di sini, Rabu.