Belia Sarawak dipelawa sertai polis

KUCHING: Belia Sarawak dipelawa mengisi 5,513 jawatan kosong yang ditawarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jawatan kosong dibuka untuk jawatan Inspektor, Konstabel Gred YA1 dan Konstabel (Sokongan) Gred YT1.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak SAC Norzanah Buang berkata, bagi jawatan Konstabel Gred YA1 sebanyak 
4,636 kekosongan yang mana sebanyak 43,716 permohonan diterima bagi 2019 dan 2020.

Katanya, jawatan Konstabel Gred YT1 (sokongan), sebanyak 718 kekosongan yang mana setakat ini kita telah menerima 4,784 permohonan.
Menurutnya, jawatan Inspektor (YA13) 159 kekosongan yang mana setakat ini kita telah menerima 16,094 permohonan.
"Permohonan hanya boleh dibuat melalui laman sesawang PDRM iaitu di 
https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak di Batu Kawa di sini, hari ini.

Beliau berkata, permohonan yang tidak melalui e-Pengambilan tidak akan diterima.

"Saya risau mereka yang tinggal di daerah 
pedalaman yang tidak mempunyai akses internet tidak mendapat maklumat berkaitan kekosongan ini.

"Kita berharap pihak media dapat menyebar luas pengambilan ini," katanya.
Menurutnya, tarikh tutup permohonan bagi jawatan konstabel adalah pada 14 Januari 2020.

Katanya, kesemua maklumat berkaitan 
pengambilan dan panggilan temu duga termasuk ujian berkaitan hanya dipaparkan di laman sesawang 
https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/.
LihatTutupKomentar
Cancel