Lelaki luka kepala dan kaki
Pelapor mengatakan terdapat seorang mangsa terperangkap dalam kereta.
Setibanya pasukan bomba di lokasi kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta Produa Viva, dalam perjalanan dari Kapit ke Song.
Mangsa telah berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba.
Pasukan EMRS terus memberi perawatan awal kepada mangsa dan seterusnya dibawa ke Hospital Kapit.
Untuk keselamatan kepada kenderaan lain, pasukan bomba menolak kereta berkenaan ke tepi jalan, membersih sisa-sisa minyak yang terdapat di atas jalanraya.
Mangsa dikenalpasti sebagai Benedeth anak Ilong, berusia 45 tahun.
