Dua sahabat maut dirempuh kereta

BINTULU: Dua maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Batu 10, Lebuhraya Pan Borneo Bintulu-Miri pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Nazeri Mohamad, 42, dari Kampung Sebiew, penunggang motosikal jenis Honda manakala rakannya dipercayai lelaki warga Indonesia masih tidak diketahui identiti.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,motosikal yang ditunggang mangsa dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.

"Kedua-dua mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan manakala pemandu kereta jenis Proton Saga  tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian kedua-dua mangsa yang bertindak terus keluar simpang.

 "Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital Bintulu bagi bedah siasat,"ujarnya.

Kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta
Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel