Melecur tangan, pipi selamatkan kereta

BETONG: Gara-gara mahu menyelamatkan kereta Proton Saga, seorang jiran melecur pada tangan kiri dan dan pipi serta telinga kiri dalam kejadian kebakaran sebuah ruah di Jalan Seeder Pusa di awal pagi tadi.

Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan terus dihantar ke Klinik Pusa untuk tindakan rawatan selanjutnya.

Ketua Balai Bomba Betong PPgB Vincent Yabi berkata, kebakaran tersebut memsunahkan sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 40' x 30'.

Anggota bomba serta jentera BBP Betong dan bantuan dari BBP Saratok ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

"Operasi pemadaman dilakukan dengan 2 pancutan 200 kaki melalui air dari jentera Betong dan Saratok," menurut laporan Info Pusat Gerakan Operasi Bomba.
LihatTutupKomentar
Cancel