Lapor ayam mati

KUCHING: Pemilik ladang diwajibkan melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) jika berlaku kematian ayam yang dianggap luar biasa.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Dr Adrian Susin berkata, ladang yang dilaporkan ayam yang diternak mati luar biasa disenarai dijangkiti wabak influenza.

"Mana-mana ladang yang ayamnya mati secara luar biasa, kita boleh senaraikan sebagai terkena Influenza,” katanya dipetik akhbar tempatan hari ini.

Lebih 200,000 ekor ayam disembelih setiap hari di seluruh Sarawak, untuk bekalan makanan.

Adrian berkata, pihaknya melakukan pemantauan di ladang ayam di seluruh negeri ini, walaupun Sarawak masih bebas dari wabak berkenaan.

Penularan influenza sejak minggu lepas menyaksikan ramai pelajar dilaporkan dijangkiti virus tersebut diseluruh negara. 

Perlis, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dilaporkan tiada sebarang kes direkodkan wabak influenza, namun Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing tetap memantau perkembangan semasa.
LihatTutupKomentar
Cancel