Da Silva Santos pulang awal

CALON import Brazil, tidak memenuhi kriteria yang diinginkan Kuching FA.

Sehubungan itu, pemain berketinggian 6 kaki 1 inci tidak diambil untuk menyarung jersi Sarawak.

Kini, hanya seorang calon yang masih kekal iaitu Akira Higashiyama, rakan karib Yuta Suzuki, import musim lalu.

Kuching FA akan mengumumkan senarai penuh barisan pemain Jumaat ini.

Antara muka baharu tempatan yang diambil ialah pemain berpengalaman, Tommy Mawat, bekas pemain Sarawak, PKNS dan PJ Rangers, bersama-sama Paul Sambang Affry Shahrul Afendy dan Andy Nicolas Nipen. 

Kuching FA akan memulakan saingan Liga Premier 2020, menentang UKM FC di Stadium Negeri pada 29 Februari depan.
LihatTutupKomentar
Cancel