Wang percuma RM30, e-tunai rakyat mula hari ini



Setiap rakyat Malaysia berumur 18 dan ke atas berpendapatan kurang RM100,000 setahun layak menerima RM30 melalui salah satu daripada tiga pengendali e-dompet yang terpilih, iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go E-Wallet.

Pengendali e-dompet juga akan menambahbaik pemberian RM30 wang percuma yang dibiayai oleh Kerajaan dengan memberikan insentif tersendiri. 

Kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ini bermakna rakyat Malaysia yang layak akan menerima lebih daripada RM30 wang percuma melalui inisiatif ini.

Sehingga 15 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada inisiatif Kerajaan ini. Program e-Tunai Rakyat ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah Belanjawan 2020 yang diumumkan kementerian pada 11 Oktober 2019.

Semua penerima boleh memilih salah satu daripada 3 pengendali e-dompet untuk menerima wang percuma RM30 daripada Kerajaan. RM30 tersebut boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang terdapat melalui platform pengendali yang dipilih.

Inisiatif e-Tunai Rakyat ini dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital di kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya di sektor runcit. 

Oleh itu, Kementerian Kewangan menggalakkan semua peniaga untuk berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat daripada inisiatif e-Tunai Rakyat yang bernilai RM450 juta sebelum 14 Mac 2020 berakhir.

Hmmm, RM30 nak beli apa ye? McD pun boleh, dua kali Value Meal jak dah habis...
LihatTutupKomentar
Cancel