Membebankan. Hapuskan pakaian seragam?

KUCHING: Terfikir. Bagaimana kalau dihapuskan sistem pakaian sekolah seragam. Demikian kata, Pesuruhjaya Suhakam Sarawak,  Prof Madya Dr Madeline Berma dalam facebook.
Beliau berkata, majoriti sekolah awam tidak mensyaratkan pelajar memakai pakaian sekolah seragam di negara maju. Katanya, biarkan anak pergi ke sekolah menguna pakaian yang mereka selesa.


"Semalam saya ke hypermarket. Singah di rak menjual pakaian sekolah. Hmmmm... terfikir isi rumah daripada kalangan B40 membiayai kelengkaan sskolah anak2 mereka.

:Seorang anak sahaja sekitar RM70.00 untuk pakaian seragam, kasut, stokin, track pants... kalau anak 9 orang seperti dalam kartun Lat? Ini tidak termasuk kos pengangkutan, makan-minum, harga bahan bacaan, ko-kurikulum," katanya.

Beliau berkata, setiap kawasan perumahan menyediakan bas sekolah untuk pelajar, khususnya di kawasan didiami isirumah berpendapatan rendah.

LihatTutupKomentar
Cancel