Menteri tunggu bas 1 jam 45 minit
KUCHING: "Pada jam 6.15 pagi saya mengambil bas bas awam berhampiran perhentian bas City Inn. Berfikir untuk mengambil bas dari sana ke Bako tetapi tidak ada bas yang muncul setelah menunggu sekitar 1 jam 45 minit."
Demikian luahan Menteri Pengangkutaan Sarawak, Datuk Lim Kim Shin mengenai mutu perkhidmatan bas awam Sarawak dalam coretan facebook.
Kim Shin mengakui, ia adalah bas kelima dinaiki di Kuching dan kedua di Miri.
"Ambil satu lagi bas di 7.50 pagi ke King Centre dan berbincanglah dengan para penumpang di dalam bas untuk mendapatkan maklum balas penumpang," katanya.
Mutu perkhidmatan bas awam dianggap teruk di kalangan orang awam terutama tempoh menunggu yang lama.
Sementara itu, Datuk Lee Kim Shin turut mengadakan pertemuan dengan Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA) di semalam.
Dalam sidang akhbar, Kim Shin berkata, kementeriannya berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan bas pengangkutan awam sedia ada sementara menunggu pelaksanaan Bas Rapid Transit (BRT) dan program Transformasi Perkhidmatan Bas (SBST).
Beliau berkata, semasa menunggu menaiki bas, beberapa isu dikenal pasti iaitu perhentian bas tidak memaparkan jadual perjalanan dan tidak mempunyai tong sampah.
“Saya juga menerima maklum balas daripada persatuan bas mengenai masalah mereka.
"Salah satu daripadanya adalah kesukaran untuk mendapat pemandu bas yang berkelayakan, mempunyai persaingan dengan perkhidmatan van persendirian dan perkhidmatan e-hailing," katanya.
Katanya, kementerian sedang mengumpul maklum balas dan akan menjalinkan kerjasama rapat dengan semua pihak untuk mengusulkan cadangan mengenai cara menambah baik perkhidmatan bas sedia ada.
Mengenai jadual bas katanya, pihaknya sedang mencari aplikasi mudah alih untuk mengesan jadual bas.