Bomba berjaga sepanjang malam, lelaki panjat menara Telekom

KANOWIT: Anggota bomba terpaksa berjaga sepanjang malam hingga pagi ekoran seorang lelaki tidak dikenali memanjat Tower Telekom di Bukit Memaloh dekat sini semalam.
Operasi melibatkan anggota polis, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pegawai Telekom masih diteruskan untuk hari kedua ekoran suspek masih lagi berada di atas tower.                                                                    
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Arrahman Chik berkata, seramai 11 anggota dan pegawai bomba berada di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.20 pagi semalam.
"Usaha memujuk mangsa gagal namun mangsa bertindak membaling objek seperti skru besi ke arah pasukan penyelamat.
"Cuaca hujan turut menjadi halangan kepada pihak pasukan penyelamat kerana menara berkenaan basah serta licin," katanya,

Katanya, lelaki terbabit turut bertindak memanjat lebih tinggi, apabila cuba dihampiri oleh pasukan penyelamat.
LihatTutupKomentar
Cancel