Projek Jalan Pakan/Ulu Julau/Ulu Kota beri manfaat penduduk
SARIKEI: Penduduk Daerah Pakan menerima tempias pembangunan ekonomi secara menyeluruh dengan siapnya Projek Jalan Pakan/Ulu Julau/Ulu Kota (Phase 2) pada penghujung tahun lalu.
Projek jalan sepanjang 15.4 km ini merupakan antara projek yang penting di dalam pembangunan jalan di Daerah Pakan.
Menurut Jabatan kerja Raya Sarawak, ia merupakan sambungan daripada projek fasa yang pertama iaitu menghubungkan beberapa rumah panjang bermula dari Rh. Sigie ke Rh Ragai.
"Jalan ini juga menyediakan dua jalan 'spur' ke dua buah sekolah iaitu SK Sembawang dan SK Ng Dayu," katanya.
Dengan penyiapan projek ini, ia akan membantu perkembangan ekonomi dan pendidikan di kalangan masyarakat khususnya di Daerah Pakan.
Gambar oleh Cassidy Morris