'Najib Puntong' langgar pagarrumah guna lori sampah ditangkap

KUCHING: Seorang lelaki dikenali sebagai 'Najib Puntong' diberkas dipercayai menggunakan lori sampah melanggar sebuah rumah di Batu Kawa Ahad lalu.

Suspek berusia 36 tahun melarikan  sebuah lori sampah untuk merempuh pagar rumah mangsa.

Malah, suspek yang dipercayai memiliki jenayah lampau melanggar pagar rumah dan kereta mangsa dengan menggunakan kereta Waja yang disewa.

Menurut laporan akhbar tempatan, suspek tidak berpuas hati dan marah kerana mangsa telah mengajar isteri suspek membuat laporan polis tentang kes rumah tangganya.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden, Aidil Bolhassan  dalam kenyataan berkata,  suspek warga tempatan ditangkap di pondok rehat Tebingan Kuching berhampiran bangunan Muzium Cina, Jalan Main Bazaar sekitar jam 1 pagi.

Terdahulu, seorang pengadu berusia 36 tahun telah membuat laporan mengatakan kediamannya di sebuah taman perumahan Batu Kawa, telah didatangi serta dirempuh menggunakan sebuah lori sampah oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama panggilan ‘Najib Puntong’ sekitar jam 1.05 petang.
LihatTutupKomentar
Cancel