Netizen Malaysia dan Singapura sergah wartawan kritik nasi lemak
Korang kenal tak siapa Katie Morley ini? Seorang wartawan yang menaiki British Airways memberi rate 0/10 terhadap nasi lemak dihidangkan syarikat penerbangan itu baru-baru ini.
Tweet Morley itu kemudian menjadi tumpuan netizen Malaysia dengan pelbagai komen diberikan kepada dia.
Dia juga dicadangkan untuk merasai nasi lemak 'sebenar' dan itu yang dilakukan wanita berkenaan.
Dalam tweetnya 16 jam lalu, Morley beritahu, "Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana cadangkan saya untuk cuba Nasi Lemak sebenar.
"Anda betul, ia nyaman! Bukan seperti hidangan BA yang dimakan...," tweetnya.
Ha, hebat betul team netizen Malaysia nie... Sebelum ini Masterchef dengan rendang crispy dah kena, ni wartawan pula dah membetulkan pandangan 'negatif' terhadap Nasi Lemak. 😆