Buli ala 'gangster', tampar, terajang junior

 

KUCHING: Seramai 11 pelajar senior ditahan untuk soal siasat bagi membantu kes buli pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching.

Tiga pelajar Tingkatan 1 tersebut mengalami kesan lebam di seluruh badan dipercayai dibuli pelajar senior ala 'gangster asrama'.

Dipercayai suspek dipukul, ditampar dan diterajang oleh pelajar senior yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5.

Suspek ditahan susulan, aduan dibuat ibu bapa dan waris mangsa yang melaporkan anaknya mengadu telah dipukul, ditampar dan diterajang oleh pelajar senior.

Lebih menyedihkan, mangsa turut dipaksa bertumbuk satu lawan satu dengan seorang pelajar tingkatan tiga.


Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, berkata semua mangsa dikatakan dibelasah bertubi-tubi sehingga jam 3 pagi sebelum mereka dibenarkan tidur.

“Mangsa mengalami lebam di lengan, perut, belakang, betis dan bahu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidil berkata keesokan harinya, salah seorang pelajar menghubungi bapanya bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Susulan itu, beliau berkata, bapa mangsa membuat laporan polis, yang kemudian disusuli laporan dua lagi ahli keluarga mangsa pada hari sama.

Selepas laporan dibuat daripada bapa dan waris ketiga-tiga mangsa, polis membuat tangkapan.

Kejadian berlaku pada Ahad (19), laporan dibuat 20, hasil laporan pengadu ada 11, tapi polis mengesaki ada 10 terlibat.


LihatTutupKomentar
Cancel