Pecah masuk rumah bapa sendiri

SIMUNJAN: Seorang anak tergamak memecah masuk rumah keluarganya sendiri dengan mencuri tiga biji tong gas,seunit chainsaw dan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda.

Sikap buruk anaknya itu dilaporkan sendiri bapanya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan 15 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Simunjan,DSP Merbin Lisa berkata, pihaknya menerima daripada pengadu lelaki warga tempatan berusia 60 tahun menyatakan bahawa rumahnya terletak di Gedong Simunjan telah dipecah masuk oleh suspek melalui tingkap di bahagian depan rumah. 

"Bertindak atas maklumat risikan pada 18 Januari pihaknya telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun di kawasan Balai Ringin Serian,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil soal siasat suspek mengaku dirinya anak kandung pengadu dan memecah msuk rumah bapanya sendiri,

"Suspek direman empat hari mulai 19 Januari untuk membantu siasatan lanjut,"tegasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel