Warga emas maut dilanggar lari
KUCHING: Dilanggar dan ditinggalkan.Itu nasib seorang lelaki warga emas yang menemui ajal dipercayai menjadi mangsa langgar lari di Jalan Kampung Cina Beratok, di sini, hari ini.
Mayat Chin Kin Sen,68, ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh orang awam sekitar jam 8.30 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Aidil Bolhassan berkata,
kemalangan disyaki berlaku awal pagi berdasarkan keadaan mayat mangsa telah mengeras semasa polis tiba di lokasi kejadian.
"Mangsa disahkan meninggal dunia selepas diperiksa anggota paramedik dengan terdapat kecederaan dan pendarahan di bahagian kepala mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran
"Mayat mangsa berasal dari Kampung Beratok itu dihantar ke hospital Serian untuk tindakan selanjutnya,"tegasnya.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.