Pelantikan Tun M bangunkan model sistem pendidikan baharu


KUCHING: Pesuruhjaya Suhakam Sarawak Dr. Madeline Berma mengalu-alukan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik Pemangku Menteri Pendidikan.

Beliau berharap, pelantikan Tun Mahathir dapat membangunkan sistem pendidikan yang berasaskan nilai (values-driven education).

Katanya, membangunkan model sistem pendidikan baharu yang melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran Abad ke-21.

"Tahniah Tun atas perlantikan sebagai Pemangku Menteri Pendikan. 

Ini harapan saya sebagai rakyat Malaysia.

"Baca dan rujuk Laporan Kajian Dasar pendidikan Negara yang telah dibentang hadapan Tun," katanya dalam facebook.

Beliau yakin Perdana Menteri mampu menarik, membangun dan mengekalkan bakat-bakat terbaik, memantapkan keupayaan pendidik serta meningkatkan profesionalisme dan keunggulan pendidik agar kembali disegani oleh setiap lapisan masyarakat.
LihatTutupKomentar
Cancel