Dua kes terbaru virus polio

KUCHING: Jangkitan virus polio di kesan di Sabah. Mereka yang dijangkiti kanak-kanak berusia 11 dan lapan tahun sekali gus mencatatkan tiga kes jangkitan virus polio setakat ini.

Kes pertama melibatkan kanak-kanak yang berusia 11 tahun ini menetap di Kinabatangan mengalami demam pada 17 November lalu serta mendapat rawatan di klinik. 

Kes kedua pula melibatkan kanak-kanak berusia lapan yang menetap di Sandakan di mana pada 9 Disember lalu, dia mengalami demam dan tiga hari kemudian tidak boleh berjalan.

Kes pertama kes virus polio di negara melibatkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari 
Tuaran, Sabah dan pesakit masih dirawat di Bilik Isolasi hospital dengan bantuan pernafasan dan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kanak-kanak bukan warganegara itu tidak pernah mendapat sebarang imunisasi.
 
"Pada 1 Disember lalu dia dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit di bahagian belakang dan tidak boleh berjalan. Pesakit kini boleh berjalan dengan bertongkat," katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kanak-kanak ini masih dirawat dengan bantuan pernafasan di hospital.

Katanya, dengan pengesahan dua kes polio baharu ini, jumlah kes polio yang disahkan adalah sebanyak tiga kes.

Kesemua pesakit masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil. 

"Ujian makmal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Polio Regional Reference Laboratory (RRL) di Australia juga mendapati bahawa virus polio yang menjangkiti ketiga-tiga kes ini mempunyai perkaitan genetik dengan kes polio di Filipina," ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata, siasatan rapi dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan kedua-dua kes baharu ini sebaik sahaja dikenal pasti sebagai acute flaccid paralysis (AFP). 
 

Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS 2019/2020) yang menyasarkan semua kanak-kanak berumur bawah lima tahun di seluruh Sabah telah dimulakan pada 27 Disember 2019. 

Mereka diberikan dua dos vaksin polio secara titis (oral polio vaccine – OPV). Vaksin ini akan membina imuniti dalam usus untuk membunuh virus polio sekiranya kanak-kanak tersebut dijangkiti, sekali gus memastikan virus ini tidak terus menular dalam komuniti.
LihatTutupKomentar
Cancel