Tanah runtuh di Rumah Jala, Katibas Song
KAPIT (Song): Tanah runtuh berlaku di hadapan Ruai Rumah Jala, Nanga Miaw Katibas Song pada malam tadi.
Pasukan bomba dan polis membuat pemantauan di sekitar kawasan dan memasang sawar-sawar.
Penduduk kampung dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta melaporkan sekiranya keadaan bertambah buruk.
Setelah mengenal pasti keadaan terkawal, pasukan bomba bertolak ke balai.
Anggota Balai Bomba Song diketuai PB Hadie Mo'rat dikejarkar ke tempat kejadian sebaik meneruima laporan pada jam 10 malam.
"Setibanya pasukan di tempat kejadian, dalam jarak 14 km dari balai, benar berlaku tanah susur di hadapan ruai rumah bernombor 23, 24 dan 25. Hujan masih turun renyai-renyai. Anggaran keluasan runtuhan 15 x 15 kaki per segi," menurut Info daripada Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak.