Pemburu ketam ditemui separuh badan

Ilustrasi


LUNDU: Pemburu ketam ditemui separuh badan di sebatang anak sungai di Chupin di sini.

Mangsa dikenali Fairus Latip 40, sebelum kejadian keluar rumah untuk melakukan aktiviti bubu ketam seorang diri.

Selepas beberapa jam tidak muncul isteri mangsa meminta bantuan orang kampung mencari mangsa sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Pusat Gerakan Operasi telah menerima panggilan jam 11.52 malam semalam, memaklumkan ada orang hilang di Jalan Kampung Sempadi.



"Menurut pengadu mangsa dilaporkan keluar rumah untuk melakukan aktiviti bubu ketam di sebatang anak sungai di Chupin Lundu. Sehingga jam 11 malam mangsa belum balik ke rumah.


"Semasa mangsa keluar beliau hanya membawa telefon bimbit dan pakaian yang digunakan adalah T-shirt PLKN bewarna biru, berseluar panjang track sut berwarna biru. Isteri mangsa telah cuba menghubungi mangsa tetapi tiada jawapan dari mangsa," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel