Pemuda maut motosikal dilanggar CRV
KUCHING: Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Honda CRV yang dipandu seorang wanita berhampiran hospital KPJ di sini, hari ini.
Indrasatria Anbis @ Anis, 25, berasal dari Kampung Selampit, Lundu maut serta- merta di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman di dada dalam kejadian jam 1.30 tengah hari.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,kecuaian pemandu wanita
berusia 42 tahun itu membelok masuk ke simpang Lorong Kedandi 11, Jalan Setia Raja Tengah menjadi punca kemalangan berkenaan.
"Ini menyebabkan mangsa yang bergerak lurus melanggar kenderaannya,wanita terbabit yang bekerja sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.