Penjaga ditahan bersama minuman keras, mercun
KUCHING: Seorang lelaki berusia 53 tahun ditahan bersama minuman keras dan mercun dalam serbuan di Bandar Baru Batu Kawa di sini.
Lelaki berkenaan dipercayai penjaga premis gagal mempamerkan sebarang dokumen daripada Kastam berkaitan minuman keras dan pelbagai jenis mercun berkenaan.
Serbuan dilkakukan semalam berjaya barang rampasan bernilai RM70,800.
Barang rampasan dibawa ke IPD Padawan untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 7 dan 8, Akta Bahan Letupan 1958.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, serbuan dilakukan oleh Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan Unit Risik/Operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak.