Penyamun jatuh bangunan

MIRI: Seorang lelaki maut terjatuh dari bangunan di Jalan Primula semula.

Mangsa dipercayai dari temat tinggi serta mengalami kecederaan patah tulang di tangan dan kecederaan parah di bahagian kepala.

Disyaki lelaki berusia 43 tahun tersebut disyaki cuba memecah masuk salah satu premis di tingkat atas di bangunan terbabit sebelum insiden itu berlaku. 

Orang awam yang kebetukan lalu-lalang di kawasan berkenaan gembar penemuan lelaki tersebut sekitar jam 5.30 agi.

Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang bangunan setinggi empat tingkat.

Turut dijumpai di lokasi kejadian ialah beg berisi beberapa peralatan seperti pemutar skru dan pisau yang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah pecah masuk.

Susulan penemuan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk siasatan lanjut. 

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah mengesahkan kejadian itu.
LihatTutupKomentar
Cancel