Pekerja kilang koma, menang loteri RM23 juta

KUCHING: Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Peribahasa tiada siapa yang tahu dengan pasti untung atau malang nasib seseorang.

Demikian tuah yang menimpa seorang mangsa kemalangan berusia 29 tahun yang pernah koma selama dua bulan akibat kemalangan jalan raya.

Pekerja kilang berasal dari Selangor tersebut menang loteri RM23 juta bagi cabutan Supreme Toto 6/58 pada Ahad lalu.  

Pekerja kilang yang tampil menuntut wang kemenangannya itu ditemani saudaranya dalam kenyataan yang dikeluarkan Sports Toto berkata, dia pernah terlibat dalam kemalangan tahun lalu selepas kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah lori yang menyebabkannya koma selama dua bulan.

Bagamanapun katanya, dia bersyukur terselamat dari koma akibat kemalangan.
"Saya percaya Tuhan membantu saya untuk menghadapi dugaan ini.

"Saya menganggur sehingga dapat bekerja di sebuah kilang tetapi saya terpaksa berhenti kerja kerana disebabkan keadaan kesihatan," katanya.

Dia bermain nombor Sports Toto lapan tahun lepas dan dengan set nombor bertuahnya iaitu 7,12, 31, 41, 47 dan 49 sekali gus berjaya memenangi loteri bernilai RM23,068,643.65.

"Saya akan menyelesaikan kesemua hutang saya dan membeli sebuah rumah. Emak saya juga boleh berhenti kerja dan menikmati hidup ini," katanya ketika ditanya tentang perancangannya dalam menggunakan wang kemenangan.
LihatTutupKomentar
Cancel