Penyamun selinap siling bilik mandi tandas ceroboh rumah

MIRI: Taktik penyamun menggunakan  siling bilik mandi dan pintu belakang rumah merompak tumpas.

Tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes cubaan pecah masuk sebuah rumah di Piasau pada 5 November tahun lalu ditahan.

Suspek yang berusia antara 18 hingga 32 tahun itu ditahan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri Merek berjaya diberkas di dua lokasi berbeza di Senadin, sekitar jam 3 hingga 4 petang semalam.

Sebelum memburu mereka, polis menerima laporan membabitkan sebuah rumah di Piasau telah dipecah masuk oleh sekumpulan individu tidak dikenali.

Rumah tersebut telah ditinggalkan kosong kerana pemiliknya telah berpindah ke rumah baharu.
LihatTutupKomentar
Cancel