Permohonan Petronas semakan cukai jualan Sarawak didengar 3-5 Februari



KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 3-5 Feb depan untuk mendengar permohonan Petronas bagi semakan kehakiman untuk mengisytiharkan Cukai Jualan Negeri (SST) dikenakan kerajaan Sarawak adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu adalah tidak sah dan batal.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Azahari Kamal Ramli selepas mendengar permohonan dikemukakan peguam utama Petronas, Datuk Malik Imtiaz Sarwar.

Semasa ditemui pemberita kemudiannya, Malik berkata Petronas memohon mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa pengawal SST Sarawak tidak mempunyai kuasa, dan membuat kesilapan dari segi undang-undang apabila mengeluarkan notis cukai terhadap syarikat itu.

"Jika (mahkamah memutuskan bahawa) pihak kami adalah betul, notis berkenaan (menuntut bayaran) patut dibatalkan. Itu yang kami mohon," katanya.
-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel