PGA Rampas Arak lebih RM200,000


KUCHING, 16 Jan (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak mematahkan cubaan menyeludup arak pelbagai jenis bernilai RM256,860 dan menahan seorang lelaki berusia 54 tahun dalam ‘Op Libas’ yang dijalankan di sebuah premis di Bukar-Sadong, Serian, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Supt Rosdi Inai berkata, dalam serbuan yang dijalankan pada pukul 12 tengah hari itu, anggota PGA menemukan 970 kotak minuman keras dalam premis tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kami menjumpai 128 kotak minuman keras disimpan dalam sebuah van yang diletakkan di kawasan belakang premis.


“Seorang lelaki yang mengaku penjaga premis tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen berhubung penemuan barang berkenaan,” katanya.


Rosdi berkata, lelaki tersebut ditahan untuk siasatan lanjut dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Serian untuk siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA


LihatTutupKomentar
Cancel