Tokan Upah Remaja Edar Syabu


KUCHING: Operasi pengedaran dadah kini menggunakan khidmat remaja bagi menggelakkan mereka ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata,  terbaru pihaknya menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di hadapan di hadapan sebuah rumah di Taman Desa Wira, Batu Kawa iaitu sekitar jam 1.45 petang semalam (Rabu).

Utusan Borneo melaporkan, hasil pemeriksaan suspek membawa kepada penemuan dadah jenis syabu dianggarkan seberat 5.20 gram.

“Soal siasat, suspek mengaku menjadi 'runner' kepada seorang lelaki dikenali sebagai 'Ah Joey' dengan upah RM30 sehari.”

"Polis merampas satu kotak daripada suspek dan hasil pemeriksaan menemui tujuh plastik lutsinar masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu (5.20 gram),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Suspek juga didapati positif dadah jenis Amphetamine serta Methamphetamine dan dia turut mengaku kali terakhir mengambil dadah adalah pada hari dia ditangkap," jelasnya kepada Utusan Borneo. 

Utusan Borneo juga melaporkan pasukan operasi turut berjaya menangkap seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Ah Joey' bersama seorang wanita dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah juga di Taman Desa Wira iaitu sekitar jam 2 petang hari yang sama.

"Kedua-dua suspek berusia  ditangkap 31 dan 17 tahun dan hasil pemeriksan terhadap suspek lelaki (Ah Joey) menemui satu plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.27 gram," katanya.

Kedua-dua suspek ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952.
LihatTutupKomentar
Cancel