Pizza perisa ular panggang

Seekor ular telah merosakkan rancangan keluarga dari North Carolina untuk mengadakan makan malam ringkas pada Isnin lalu.

Newsobserver melaporkan, Amber Helm memberitahu dia dan suaminya Robert telah memanaskan oven di rumah mereka di Wake Forest sebelum memasukkan piza segera ke dalamnya.

Selepas kira-kira 10 minit, oven mula berasap dan berbau sangat teruk, lantas mereka terus membuka penutup ketuhar itu.

Alangkah terkejutnya apabila menemukan seekor ular yang sudah separa rentung di dalamnya.

“Saya membuka ketuhar lalu berfikir adakah objek ini sebahagian dari ketuhar? Saya melihat lebih dekat dan ia adalah ular!” katanya.

Dia berkata, mereka tidak makan piza itu dan dia membawa dua anak lelakinya, berumur 3 dan 1, makan malam di luar sementara suaminya menguruskan bangkai ular itu.

“Saya mencuci ketuhar selepas membuang ular kering itu,” jelas Robert Helm.

Katanya lagi, ular itu berukuran kira-kira 18 inci panjang dan diameternya kira-kira sebesar syiling 25 sen.

Pasangan itu tidak pasti sejak bila ular itu berada di dalam ketuhar, tetapi kali terakhir mereka menggunakan ketuhar terbabit adalah semasa memasak pada Krismas lalu dan tiada ular pada masa itu.

Mereka berpendapat ular terbabit masih hidup pada asalnya sebelum mati terbakar kerana mulutnya terbuka luas seperti ingin menggigit dan mencari jalan keluar.

“Saya tidak senang dengan cara ular itu mati. Itu cara yang menyedihkan untuk mati bagi mana-mana benda hidup," ujar Amber lagi.

Hehe, masak pizza dapat free ular. Apa macam???
LihatTutupKomentar
Cancel