Cakap Banyak, Harga Bawang Pun Naik, usik Abang Jo


KUCHING, 11 Jan: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg percaya golongan di media sosial yang kerap putar belit dan menuduh beliau bercakap kosong setiap kali mengumumkan projek pembangunan di negeri ini disebabkan mereka cemburu terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Tidak pandai berhenti orang putar belit, walaupun saya memberi projek, orang mengatakan air liur Abang Jo. Mereka fikir kita (GPS) hanya berjanji, yang sebenarnya mereka cemburu, mereka tidak dapat berjanji, tunaikan janji,"katanya ketika Majlis Perhimpunan Tahun Baharu 2020 Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), di Dewan Serbaguna DBNA, Jalan Kumpang, di sini, malam tadi. 

Abang Johari berkata golongan cemburu terbabit juga dipercayainya kerap melemparkan tuduhan sama kepada pemimpin GPS lain termasuk Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi yang juga Penasihat DBNA, Dato Sri Michael Manyin Jawong.

"Jangan bimbang, bagi kami (pemimpin GPS), apabila kami menyebutnya, kami berjanji, kami menunaikannya. Pihak lain ketika ini harga bawang pun sudah naik,"katanya.
 
Beliau berkata golongan terbabit juga yang membuat tuduhan negeri ini akan bankrap dalam masa tiga tahun lagi semata-mata kerana GPS mahu membantu rakyat berpendapatan rendah berikutan ekonomi negeri yang baik.

Sehubungan itu, beliau yakin selepas ini akan ada pihak sama memutarbelitkan pengumumannya meluluskan sebanyak RM16 juta di majlis terbabit bagi membina bangunan asrama di ibupejabat DBNA seperti yang dipohon persatuan itu.

"Dalam Facebook, mesti ada putar belit lagi, Abang Jo lulus lagi projek air liur, betul tidak kah. Jangan bimbang, kamu (DBNA) akan dapat bangunan ini dalam tempoh 18 bulan,"katanya.
tamat

keterangan gambar:

1. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ( tujuh dari kiri) bersama pemimpin kaum Bidayuh dan DBNA memotong kek ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Tahun Baharu 2020 Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), di Dewan Serbaguna DBNA, Jalan Kumpang, di sini, malam tadi.
LihatTutupKomentar
Cancel