Politik Sabah dan Sarawak berbeza, Abdullah


KUCHING, 23 Januari: Rakyat Sarawak dijangka tidak akan menolak parti tempatan termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya negeri akan datang.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol berkata demikian kerana ada pihak menjangkakan penolakkan parti tempatan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan kembalinya sokongan kepada BN yang berlaku di pilihan raya kecil Parlimen Kimanis baharu-baharu ini juga akan berlaku di Sarawak.

"Saya tidak menjangkakan itu akan berlaku di sini, di Sarawak ini kerana kita mempunyai kepentingan dan agenda sendiri untuk dipertahankan berlainan dengan apa yang berlaku di Kimanis,"katanya selepas Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyampaikan cek peruntukan membina dan membaik pulih rumah ibadah fasa 2 tahun 2019 di UCSI Hotel, Sejingkat, di sini, hari ini.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata disamping itu rakyat Sarawak ada juga ada budaya berpolitik tersendiri dan menolak politik perkauman dan keagamaan yang dimainkan parti politik dari luar.

"Hari ini, itu yang unik mengenai Sarawak, saya sendiri umat Islam, tetapi saya berusaha memohon (peruntukan kerajaan Sarawak dari UNIFOR) untuk dua gereja di kawasan saya dan juga banyak lagi kerana ada beberapa chapel dikawasan saya yang perlu dibaikpulih," katanya.

Beliau berkata apa yang penting ketika ini ialah menerangkan kepada rakyat Sarawak kenapa GPS meninggalkan BN dan apa yang istimewa mengenai GPS dan kenapa perlu parti tempatan itu terus mentadbir negeri ini.

Selain itu, Abdullah juga mendedahkan 
semua wakil rakyat (GPS) sudah menerima arahan dan nasihat Ketua Menteri untuk memantau semua projek dan turun padang sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri.

 "Ia tiada lagi business as usual, kami tidak mengambil ringan, walapun keadaan politik di sebelah sana sedikit kacau bilau,"katanya dengan GPS tidak melihat keadaan terbabit sebagai satu kelebihan dan perlu terus mengukuhkan kedudukan mereka.
tamat


keterangan gambar:

1. Datuk Amar Douglas Uggah ( tiga dari kiri
)menyampaikan cek peruntukan membina dan membaikpulih rumah ibadah bukan Islam kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol (dua dari kanan) di UCSI Hotel, Sejingkat, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel