Rumah setinggan musnah, empat keluarga tinggal sehelai sepinggang


MIRI: Seramai empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila sebuah rumah setinggan didiami mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Pujut 1, di sini tengah malam tadi.

Mangsa yang terjejas termasuk lapan orang dewasa dan 10 kanak-kanak.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.28 tengah malam.

Katanya, sebaik sahaja menerima laporan,Pusat Gerakan Operasi Sarawak terus mengarahkan BBP Lopeng ke lokasi

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal, berkeluasan anggaran 30 x 30 kaki persegi dan telah musnah 100%.”

“Pasukan bomba terus memadam dan mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain dengan menggunakan 2 aliran saluran bantu mula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.50 tengah malam dan kerja-kerja overhaul dijalankan dan operasi ditamatkan pada jam jam 1.10 pagi. 

Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kebakaran dikatakan berpunca daripada lilin jatuh terus membakar baju.

Tamat/

Kelihatan Bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran rumah setinggan di Jalan Pujut 1 tengah malam tadi. Foto Bomba Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel