Sarawak berminat wujudkan bank digital

KUCHING, Jan 15: Kerajaan Sarawak berminat memohon lesen wujudkan bank digital dari kerajaan pusat bagi kegunaan perniagaan dan industri di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata demikian selepas pihaknya dimaklumkan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI) yang kerajaan pusat ketika ini sedang mengeluarkan lesen terbabit.

"Kita berharap kerajaan pusat boleh mempertimbangkan memberi kita lesen itu. Saya belum tahu itu (bila akan memohonnya), kerana mereka baru keluarkan dan kami cuma meluahkan minat kami (memohonnya)," katanya ketika selepas menghadiri pembukaan rasmi KCGC Innovation Hub di Wisma Chinese Chamber, Jalan Bukit Mata, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata ini kerana kerajaan Sarawak baharu sahaja mewujudkan Sarawak Pay sebagai kaedah pembayaran wang secara digital e-dompet bagi aktiviti perniagaan di negeri ini.

"Beza bank digital dengan bank biasa ialah semua transaksi perbankannya dijalankan secara digital mengunakan alatan digital dan sama seperti pembayaran wang secara digital melalui e-dompet,"katanya.

Abang Johari berkata operasi bank digital terbabit bagaimanapun masih tertakluk dibawah undang-undang Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (BAFIA) 1989.

Dalam ucapannya di majlis itu, Abang Johari berkata pembayaran wang secara digital melalui e-dompet ketika ini sudah digunakan secara meluas di luar negara termasuk di China sehingga ada peniaga di sana enggan menerima pembayaran tunai.
tamat

keterangan gambar:

1. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (lima dari kiri) menerima cenderahati dari Presiden KCGCCI, Dato Tan Jit Kee (lima dari kanan) selepas pembukaan rasmi KCGC Innovation Hub di Wisma Chinese Chamber, Jalan Bukit Mata, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel